Pantang Larang Gastrik - Bahaya Jika Diabaikan
PANTANG LARANG GASTRIK – JANGAN CUBA BURUKKAN KEADAAN Gastrik Pantang larang dalam gastrik perlulah anda ikuti dengan sebaiknya. Hal ini kerana ia kaan membantu untuk merawat dan mengawal masalah gastrik anda. Gastrik adalah keadaan yang mana terdapatnya kerengsaan pada pada lapisan dinding perut. Ia disebabkan oleh kondisi tubuh yang hipersensitif terhadap makanan tertentu. Ia juga boleh disebabkan oleh alahan terhadap pengambilan sesetengah makanan, jangkitan bakteria atau keracunan. Lapisan perlindungan yang terdapat pada dinding perut boleh teriritasi, menjadi merah dan terhakis sebagai tindak balas terhadap gangguan-gangguan tersebut. CIRI GASTRIK Gastrik biasanya bersifat ringan dan sembuh dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan. Sekitar 60-70 juta individu di seluruh dunia mengalami kesan yang teruk akibat penyakit berkaitan asimilasi, antaranya termasuklah gastrik. PANTANG LAR...