SIMPTOM GASTRIK – 10 SIMPTOM INI AMAT BAHAYA JIKA ANDA ADA

 

SIMPTOM GASTRIK – 10 SIMPTOM INI AMAT BAHAYA JIKA ANDA ADA


Simptom gastrik apa yang biasa berlaku?

Sebelum itu, jom baca sedikit sebanyak mengenai gastrik terlebih dahulu.

Gastrik adalah sejenis keradangan yang berlaku pada lapisan dinding perut yang paling kerapkali terjadi.

Ia disebabkan oleh bakteria yang dinamakan Helicobacter Pylori. 

Kehadiran bakteria ini dalam perut membuatkan lapisan dinding perut yang disaluti oleh sejenis mukosa atau lendiran menjadi lemah.

Ia akan membolehkan jus pencernaan atau asid perut merosakkan dinding lapisan perut yang tidak lagi dapat dilindungi oleh lendiran tadi.

Seterusnya menjadi pemicu kepada berlakunya gastrik.  

Gastrik adalah salah satu masalah berbahaya yang boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian seseorang individu. 

Oleh sebab lapisan dinding perut semakin menipis seiring dengan usia, individu berusia 60 tahun ke atas cenderung untuk dijangkiti bakteria ini.

Gastrik boleh menjadi akut (terjadi dan menghilang dalam jangka masa yang singkat) atau kronik (hadir lebih lambat terkadang tanpa gejala dan kesakitannya lebih lama) bergantung kepada sebab dan intensitinya. 

Berikut adalah 10 simptom gastrik yang paling biasa namun tidak boleh dipandang ringan.

1. KERAP SAKIT PERUT

Ini adalah rasa senak dan ketidakselesaan di bahagian perut atas yang disebabkan oleh gangguan pencernaan. Simptom gastrik ini bukanlah pertanda baik sekiranya anda menghadapinya secara berkala. Mungkin, anda telah berada di ambang menghidapi gastrik.

2. SAKIT PADA BAHAGIAN ABDOMEN

Kesakitan yang berlaku pada bahagian abdomen adalah ketidakselesaan yang terjadi di kawasan bawah tulang rusuk dan di atas pelvis Organ-organ yang terlibat di bahagian abdomen termasuklah usus, usus buntu(apendiks), perut, hati, ginjal, pundi hempedu dan pankreas. Kesakitan ini mungkin mengundang masalah kesihatan yang lebih serius dalam jangka masa panjang.

3. MUNTAH

Memuntahkan darah adalah simptom gastrik pada tahap serius dan anda mestilah berjumpa doktor dengan segera. Bergantung pada keparahannya, anda mungkin akan memuntahkan kesan darah yang sedikit atau memuntahkan darah dengan banyak. Ia biasanya disebabkan oleh hakisan yang berlaku pada lapisan dinding perut akibat keradangan.

4. CIRIT-BIRIT

Najis yang terasa longgar atau berair kira-kira 4-5 kali sehari adalah sesuatu yang tidak normal. Kenalpasti sekiranya pergerakan usus (najis atau tinja) anda berwarna hitam berdarah dan berbau sangat busuk. Sekiranya diabaikan, cirit-birit akan membuatkan anda berasa sangat sakit. Semasa fasa ini, bakteria H.Pylori akan menghalang fungsi normal perut dan saluran usus untuk mencerna dan menyerap zat makanan serta memproses bahan buangan.

5. BELCHING

Belching adalah terma lain yang bermaksud sendawa di mana perut mengeluarkan udara berlebihan melalui mulut untuk mengurangkan rasa sengkak. Sekiranya sendawa berlaku secara berterusan untuk waktu yang lama setelah setiap kali makan dan tidak melegakan sensasi rasa kenyang atau sengkak dalam perut, bersegeralah dalam mendapatkan bantuan perubatan.

6. KEKEMBUNGAN

Kekembungan adalah rasa bengkak di kawasan perut. Hal ini selalunya disertai dengan kesakitan yang teruk disebabkan oleh udara dan gas yang terisi di saluran pencernaan. Rasa kembung yang berpanjangan boleh menghalang dan mengganggu sistem pencernaan.

7. RASA CEPAT KENYANG

Rasa cepat kenyang walaupun makan sedikit adalah kekurangan kemampuan untuk makan makanan bersaiz normal yang lengkap. Semasa fasa ini, kita makan lebih sedikit daripada biasa dan cepat kenyang. Ini juga boleh mengakibatkan tubuh berasa lemah kerana kita tidak dapat menyediakan kalori yang mencukupi kepada tubuh.

8. KURANG SELERA MAKAN

Secara perubatan, simptom gastrik ini disebut sebagai Anorexia, kehilangan selera makan yang boleh menyebabkan penurunan berat badan dan kekurangan zat makanan secara tiba-tiba. Secara umumnya, anda akan rasa ingin muntah selepas makan. Situasi ini akan mengganggu kitaran pemprosesan makanan dan boleh menyebabkan atrofi otot.

9. RASA PITAM

Seseorang individu akan pitam atau pengsan apabila tidak mendapat cukup oksigen ke otak. Anda akan kehilangan kesedaran untuk jangka masa yang pendek, diikuti dengan rasa pening dan lemah setelah sedar. Untuk penghidap gastrik, simptom rasa pitam ini disertai dengan rasa mual atau loya, rasa seperti terbakar dan panas di perut serta keletihan.

10. DENYUTAN JANTUNG YANG CEPAT

Peningkatan keradangan perut dan kegelisahan yang menggugat seseorang akan dapat meningkatkan tekanan darah. Denyutan jantung lebih daripada 100 BPM dianggap cepat dalam kalangan orang dewasa. Sesak nafas, berdebar-debar dan sakit dada adalah tanda-tanda lain yang perlu diperhatikan.

Anda ada salah satu daripada 10 simptom gastrik yang kami kongsikan diatas?

Kalau ada, saya ingin cadangkan rawatan alternatif kepada anda

RAWATAN ALTERNATIF

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:





Comments

Popular posts from this blog

Prebiotik - Apa yang anda perlu tahu

Rawat gasrik tanpa ubat

Gastrik Sesak Nafas - Punca & simptom Lain