Posts

SIMPTOM GASTRIK – 10 SIMPTOM INI AMAT BAHAYA JIKA ANDA ADA

Image
  SIMPTOM GASTRIK – 10 SIMPTOM INI AMAT BAHAYA JIKA ANDA ADA Simptom gastrik apa yang biasa berlaku? Sebelum itu, jom baca sedikit sebanyak mengenai  gastrik  terlebih dahulu. Gastrik adalah sejenis keradangan yang berlaku pada lapisan dinding perut yang paling kerapkali terjadi. Ia disebabkan oleh bakteria yang dinamakan  Helicobacter Pylori.  Kehadiran bakteria ini dalam perut membuatkan lapisan dinding perut yang disaluti oleh sejenis mukosa atau lendiran menjadi lemah. Ia akan membolehkan jus pencernaan atau asid perut merosakkan dinding lapisan perut yang tidak lagi dapat dilindungi oleh lendiran tadi. Seterusnya menjadi pemicu kepada berlakunya gastrik.   Gastrik adalah salah satu  masalah  berbahaya yang boleh memberi kesan yang besar dalam kehidupan seharian seseorang individu.  Oleh sebab lapisan dinding perut semakin menipis seiring dengan usia, individu berusia 60 tahun ke atas cenderung untuk dijangkiti bakteria ini. Gastrik...

PREBIOTIK SEMULAJADI : 7 MAKANAN SEMULAJADI UNTUK USUS SIHAT

Image
PREBIOTIK SEMULAJADI : 7 MAKANAN SEMULAJADI UNTUK USUS SIHAT   Prebiotik semulajadi mungkin menjadi pilihan bagi mereka yang takut untuk mengambil suplemen atau ubat. Jadi, sebab itulah kami ingin berikan anda senarai   makanan   yang mengandungi prebiotik semulajadi untuk memastikan kesihatan usus anda. MAKANAN PREBIOTIK SEMULAJADI Dibawah ini merupakan senarai makanan yang mengandungi prebiotik semulajadi yang anda boleh jadikan sebahagian daripada diet anda. A. BAWANG PUTIH Bawang putih dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan kerana sifat anti-oksidan, anti-radang dan penurun lipidnya. Bawang putih bertindak sebagai prebiotik semulajadi dengan mempromosikan pertumbuhan Bifidobacteria yang bermanfaat di usus.  Ia membantu mencegah bakteria yang mempromosikan penyakit daripada tumbuh. Sebagai contoh, gastritis yang berpunca daripada jangkitan bakteria H.pylori. Penyelidikan menunjukkan bahawa sebatian yang berbeza dalam bawang putih mengurangkan risiko penyakit...

Prebiotik - Apa yang anda perlu tahu

Image
  PREBIOTIK – APA YANG ANDA PERLU TAHU Prebiotik adalah sebatian dalam  makanan  yang mendorong pertumbuhan atau aktiviti mikroorganisma bermanfaat seperti bakteria dan kulat. Mungkin anda sendiri sudah kerap mendengar perkataan ini disebut namun tak tahu apa sebenarnya ia. BEZA PREBIOTIK DAN PROBIOTIK Anda jangan keliru dengan  probiotik  ya. Untuk lebih mudah faham, ia adalah makanan kepada probiotik. Probiotik pula adalah mikroorganisma atau bakteria baik yang diambil melalui pemakanan untuk meningkatkan kesihatan manusia. Contoh yang paling biasa adalah pada saluran gastrousus, di mana ia dapat mengubah komposisi organisma dalam mikrobioma usus. Prebiotik pemakanan adalah sebatian serat yang tidak dicerna yang melewati saluran gastrointestinal dan akan merangsang pertumbuhan atau aktiviti bakteria bermanfaat. Bakteria bermanfaat inilah yang dinamakan probiotik yang menjajah usus besar. Ia bertindak sebagai bahan makanan bagi mereka.   So , dah fah...